Platform pengurusan lantikan Pegawai & Pembantu Aset berpusat bagi Kementerian Pendidikan Malaysia. Memastikan pematuhan tatacara pengurusan aset, penjanan Surat Lantikan automatik, dan Minit Bebas kelulusan eksekutif.
KPM.600-3/2/1 Jld.2026
Pemohon dan pentadbir kini boleh menyemak status terkini Surat Lantikan Pegawai Aset & Pembantu Pegawai Aset secara 'real-time' hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan sahaja melalui Modul Semak Surat di laman web ini atau Telegram Bot rasmi @bpakpm_bot.
Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pegawai sahaja
Sila pastikan Nombor Kad Pengenalan dimasukkan dengan betul atau hubungi Pegawai Aset di institusi/sekolah anda untuk maklumat lanjut.
Panduan langkah demi langkah untuk menyemak status permohonan melalui Portal Laman Web atau Telegram Bot menggunakan Nombor Kad Pengenalan.
Melalui Modul Semak Surat Portal Rasmi
Sila navigasi ke bahagian Modul Semak Surat di halaman utama ini.
Masukkan Nombor Kad Pengenalan pegawai tanpa sebarang simbol sempang (-).
Klik butang Semak Sekarang untuk memaparkan status permohonan terkini secara 'real-time'.
Melalui Bot Rasmi @bpakpm_bot
Cari akaun bot rasmi @bpakpm_bot di dalam aplikasi Telegram anda.
Tekan Start atau hantar mesej /start untuk mengaktifkan bot.
Hantar Nombor Kad Pengenalan anda di ruang perbualan.
Bot akan membalas perincian status kelulusan bersama pautan dokumen rasmi.
Sistem komprehensif yang direka untuk memudahkan pengurusan lantikan dan pematuhan aset di semua peringkat.
Pengemukaan permohonan lantikan Pegawai Aset & Pembantu Pegawai Aset secara dalam talian dengan penjanan dokumen Surat berserta kod QR pengesahan rasmi.
Alur kerja Minit Bebas (SUB BPA) dan modul kelulusan pukal digital (TKSU/KSU) bagi mempercepatkan proses kelulusan peringkat kementerian.
Pemantauan status pematuhan institusi pendidikan secara 'real-time', paparan peratusan keterlibatan mengikut negeri (termasuk WP Putrajaya, Labuan & KL), dan eksport laporan rasmi.